Saturday, October 20, 2007

MAKLUMAT ASAS PROGRAM QURBAN 1428H

HARGA SATU BAHAGIAN QURBAN/AQIQAH:
RM 260.00 sahaja

Pihak Sekreteriat Mengalu-alukan apa jua bentuk sumbangan:
Sedekah Sahaja atau Sedekah Bersama Qurban/Aqiqah

AKAUN BANK: Maybank Berhad - 512147009549


Borang Penyertaan Online: Sila download dari website http://www.4shared.com/file/30407703/4575b806/BORANG_PENYERTAAN_QURBAN_MINDANAO_1428H.html

ALAMAT SEKRETERIAT: TABUNG KEMANUSIAAN MINDANAO (TKM), No. 6, Jalan Industri Sg. Tangkas 1, Taman Industri Sg Tangkas, 43000 Kajang, Selangor.
TELEFON: 03-89263313 (office)/ 019-2149345 (Hj. Mustafa Kamal)/ 012-2234486 (Pn. Kurais)
FAX: 03-89250315 E-MAIL: qurbanmindanao1428h@gmail.com atau qurban.mindanao@gmail.com

Friday, October 19, 2007

QURBAN ITU LEBIH UTAMA DILAKSANAKAN DI TEMPAT YANG LEBIH MEMERLUKAN

Assalamu 'alaikum warahmatullah...

Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi telah mencatat kata-kata Bisyr Al-Hafi di dalam bukunya "Fii Fiqh Al-Awlawiyyat" (Fiqh Keutamaan Berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, ms. 19):
"Kalau kamu Muslimin mahu memahami serta memiliki keimanan yang sebenar, dan mengetahui makna kefahaman terhadap perkerjaan yang perlu diutamakan, maka dia akan merasakan kebahagiaan yang lebih esar dan suasana kerohanian yang lebih kuat, setiap kali dia dapat mengalihkan dana ibadah haji (bagi orang yang mengerjakan haji lebih beberapa kali) untuk memelihara anak-anak yatim, memberi makan mereka yang kelaparan, memberi tempat perlindungan orang-orang yang terlantar, mengubati mereka yang sakit, mendidik orang-orang yang lemah di bidang pelajarannya, atau memberi peluang pekerjaan kepada para penganggur".

Izinkan saya menambah lagi dengan mengatakan bahawa IBADAT QURBAN antum di Malaysia dan di negara-negara sekitarnya sebaiknya tentunya lebih afdhal dan awla (utama) jika dilaksanakan di tempat-tempat yang lebih memerlukan seperti di Mindanao. Bumi kami dikurniakan Allah SWT dengan tanah yang subur dan hasil bumi yang banyak. Namun kami menderita miskin kerana dijajah, ditindas, dizalimi dan pada ketika ini kami juga sedang berjihad membebaskan tanah air kami. Tambahan pula, sangat sedikit NGO-NGO Islam yang berani membantu. InsyaAllah saya yakin Allah SWT akan memberi pahala yang sama seperti orang yang berjihad kepada anda semua jika anda membantu golongan yang lebih memerlukan di Mindanao.

Sekian, Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ustadz Abdul Kadir Omar
Presiden, Muslim True Word Association (MTWA)
---Diterjemahankan ke dalam Bahasa Malaysia---

Thursday, October 11, 2007

MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN KITA...

Bila saya terkenangkan tentang Mindanao dan umat Islam Malaysia, saya seringkali berasa sangat sedih. Apa tidaknya, sejak dari dulu lagi saya dapati rata-rata lebih 70% dari umat Islam sebenarnya tidak memahami isu sebenar yang melanda umat Islam Mindanao. Cakap-cakap spontan dengan ungkapan kata-kata seperti "Abu Sayyaf?", "Nur Misuari?" dan lain-lainnya membayangkan ketidakfahaman tersebut sedangkan isu sebenar Mindanao adalah satu isu penindasan bumi umat Islam yang tiada akhirnya.
Tahukah anda...
* Pada ketika ini, ribuan Umat Islam Mindanao masih tinggal di dalam khemah-khemah pelarian dan perumahan yang tidak sempurna kerana kampung-kampung dan tanaman mereka telah dihancurkan oleh tentera Filipina?
* Terlalu sedikit NGO-NGO Islam yang berani memberi bantuan ke Mindanao, kecuali beberapa organisasi seperti JIM International dan Tabung Kemanusiaan Mindanao (TKM)? NGO-NGO dari negara Arab telah memberhentikan bantuan mereka setelah peristiwa September 11 akibat tekanan dari Amerika Syarikat.
* Dari segi geografinya, Selatan Filipina (atau Mindanao) terdiri dari beberapa ribu pulau antaranya pulau-pulau utama seperti Mindanao, Basilan, Sulu, Tawi-tawi dan lain-lainnya?
* Umat Islam Mindanao telah berjihad menentang penjajahan sejak tahun 1521 lagi?
* Bahagian Utara Filipina telah dijajah oleh Sepanyol sejak kurun ke 16 lagi dan mereka telah mengkristiankan rakyat tempatan dan memaksa umat Islam menukar agama mereka kepada agama Kristian.
* Mindanao tidak pernah berjaya dijajah oleh Sepanyol. Namun setelah berlakunya Treaty of Paris (1898), Sepanyol telah menyerahkan tanah jajahannya Filipina kepada Amerika Syarikat, termasuklah Mindanao yang tidak pernah dijajah mereka.
* Amerika Syarikat akhirnya memberi kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 dengan menjadikan Mindanao sebagai sebahagian Filipina walaupun ditentang sekeras-kerasnya oleh pemimpin tempatan Mindanao yang tidak pernah menganggap mereka sebahagian dari Filipina.
* Program 'Trans-migrasi' orang-orang Kristian dari utara ke Mindanao sejak tahun 1950an telah mengurangkan demographi umat Islam di Mindanao daripada penduduk majoriti kepada menjadi penduduk minoriti. Tanah-tanah umat Islam telah dirampas dengan sesuka hati oleh kerajaan Filipina dan penduduk Kristian.
* Berlaku penentangan yang besar dari rakyat tempatan. Namun penentangan yang paling hebat dan teratur bermula sejak tahun 1970 oleh gerakan Moro National Liberation Front (MNLF) pimpinan Nur Misuari.
* Pada tahun 1976 berlaku Perjanjian Tripoli yang membawa satu era, memberi autonomi yang memberi mandat memerintah kepada umat Islam di Mindanao. MNLF meletakkan senjata dan menjadi sebahagian dari pemerintahan Filipina.
* Walaupun perjanjian demi perjanjian telah dimeterai, namun dari segi perlaksanaannya sangat terhad kerana tidak ada keikhlasan dari pihak kerajaan Filipina (strategi yang sama seperti Israel membuat perjanjian damai dengan Palestin).
* Autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Filipina di Mindanao sebenarnya hanyalah untuk kira-kira 25% keseluruhan Mindanao. Itupun autonomi tersebut sangat terbatas dan bukan autonomi dalam erti autonomi sebenarnya.
* Sebahagian besar rakyat Mindanao terus menentang kerajaan Filipina melalui Moro Islamic Liberation Front (MILF).
* Pada tahun 2000, ketika tumpuan dunia berfokus kepada belasan rakyat Eropah yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sipadan dan seterusnya dibawa lari ke Pulau Jolo, bala tentera Filipina telah menyerang kawasan umat Islam di Pulau Mindanao (bahagian tengah) yang menyebabkan lebih 700 ribu orang menjadi pelarian. Tentera Filipina membawa 70% dari kekuatannya untuk menghancurkan kubu-kubu kuat mujahiddin Moro Islamic Liberation Front (MILF)
* Tentera Filipina tidak berjaya menumpaskan MILF secara total. Mengakui kekuatan MILF, mereka mula mahu berdamai. Perjanjian gencatan senjata telah dimeterai di antara Kerajaan Filipina dan MILF pada sekitar tahun 2005 di bawah inisiatif dan seliaan Kerajaan Malaysia.
* Pada ketika ini keadaan agak tenang di Mindanao. Namun beberapa pertempuran antara kedua-dua belah pihak terus berlaku disebabkan pelanggaran oleh Tentera Filipina. Kehadiran International Monitoring Team (IMT) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa negara lain (seperti Jepun, Brunei dan Libya) telah berjaya mempastikan gencatan senjata tidak dicabuli oleh mana-mana pihak, terutamanya pihak Tentera Filipina.

Akibat dari peperangan dan penindasan yang tiada hentinya, majoriti umat Islam di Mindanao hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mereka inilah yang ingin kita berikan bantuan.... kerana mereka memang dilupakan dan sangat-sangat memerlukan bantuan kita.

Monday, October 1, 2007

Nak Tahu Sejarah Ringkas Mindanao?

Sila lihat link berikut untuk Video Ringkas Sejarah Mindanao
dan Penentangan Terhadap Penjajahan
selama lebih 400 tahun:

http://www.dailymedia.us/view-clips-bangsamoro-video-RYP9UYxlnyc.html